( HAMPARAN RINDUKU )
mengertilah duhai cinta
disetiap aliran air muara
disetiap hembusan bayu
ku kirim bersama kasihsayangku
paling suci untukmu
bersama ini juga
ku ukirkan sebaris ayat
ayat-ayatku yang terlahir dari jiwaku
tulus dan suci
sayang dan rindu
tiada benci dihati.
semakin hari semakin
kita cipta bahagia terlalu indah
sehingga kini kau masih dalam
pelukan cintaku...angan ku selamanya
sehingga akhir waktuku dimaya ini
buat dirimu yang aku hormati
yang aku rindui
yang aku sayangi
tiada lagi dusta antara kita
kerana setiap waktu ku masih
mendengar bicaraku
bisikan rindu dan sayangmu
biarlah kita disini menjadi
setia pada setiap baris rindu kita
kerana kita juga insan yang tidak
lari dari kesilpan
ku harap kau setia
kerana kau sudah tahu
cintaku satu milikmu
setia selamanya untukmu..
